fbpx

Hanya Wahab mampu rungkai siapa ‘Mr. H’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika sidang akhbar di Bukit Aman,Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani untuk tampil memberi kerjasama bagi mengenal pasti identiti sebenar ‘Mr. H’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, identiti ‘Mr H’ juga masih misteri susulan pihaknya gagal mendapatkan keterangan atau laporan daripada Wahab.

“Identiti ‘Mr. H’ masih lagi misteri kerana kita belum berjumpa Wahab, perlu pengesahan daripada Wahab barulah dapat positifnya (kenal pasti). Hanya Wahab sahaja yang boleh sahkan siapa ‘Mr H’.

“Bagi keterangan ‘Mr. H’ semalam, identiti tidak dapat dikemukakan atas faktor keselamatan susulan ia masih dalam konteks siasatan.

“Kita tidak mahu wujudkan spekulasi yang bakal menganggu serta menyukarkan siasatan,” katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengesahkan telah mengambil keterangan daripada empat individu iaitu Che’gu Bard, Bekas Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff, ‘Mr. H’ dan juga seorang pekerja hotel.

“Kita minta Wahab untuk tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah ini. Kita melalui peguamnya (Wahab), cuba yakinkan keselamatan Wahab bakal terjamin.

“Kami sedia membantu dan menjamin keselamatan beliau. Setakat ini, Wahab tidak membuat sebarang laporan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai video perbualan terbabit, pihaknya memaklumkan masih menunggu laporan daripada pakar tentang kesahihan video itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI