fbpx

Angkasawan lebih berisiko mati pucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angkasawan berjalan keluar menuju ke roket SpaceX, Falcon 9 di Pusat Angkasa Kennedy pada 26 Februari 2023. - AFP

WASHINGTON – Satu kajian baharu mendapati bahawa angkasawan lelaki lebih berisiko mengalami mati pucuk selepas pulang daripada  misi ke angkasa lepas, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam The Faseb Journal itu, mereka bukan sahaja berisiko mengalami masalah mati pucuk ketika berada di angkasa lepas, namun berterusan selepas pulang ke Bumi.

Saintis berkata, risiko mati pucuk berlaku kerana angkasawan terdedah kepada sinar kosmik galaksi (GCR) yang tinggi dan berada di ruang graviti sifar yang seterusnya menjejaskan kesihatan seksual mereka.

Penyelidikan  dibiayai Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu  memberi amaran kelmarin mengenai risiko kesihatan baharu ketika penerokaan angkasa lepas.

“Walaupun kesan negatif sinaran kosmik galaksi berpanjangan, penambahbaikan menunjukkan bahawa mati pucuk ini boleh dirawat,” kata pengarang kanan kajian, Dr. Justin La Favor dari Universiti Negeri Florida.

La Favor yang merupakan pakar neurovaskular berkata, kesihatan angkasawan perlu dipantau rapi  apabila mereka pulang ke Bumi memandangkan lebih banyak misi dirancang pada tahun-tahun akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI