fbpx

Perhilitan nafi kanak-kanak cedera diserang harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tular seorang kanak-kanak lelaki dikatakan cedera selepas diserang harimau baru-baru ini.

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menafikan dakwaan tular di WhatsApp berkaitan seorang kanak-kanak lelaki cedera diserang harimau di Gerik.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, tiada kes seumpama itu berlaku di negeri ini sebaliknya kejadian tersebut dilaporkan di Meranto, Gua Musang pada Isnin lalu.

Jelasnya, kanak-kanak yang cedera itu merupakan mangsa serangan beruk.

“Berita tular itu tidak benar. Kejadian itu bukan berlaku di Gerik dan mangsa juga tidak diserang harimau sebaliknya terkena cakar beruk.

“Orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan berita tidak benar kerana kita bimbang ia akan menimbulkan kegusaran awam khususnya penduduk setempat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial gambar mangsa serta beberapa rakaman suara yang mendakwa haiwan liar berkenaan menyerang kanak-kanak itu ketika dia sedang bermain.

Dalam pada itu, mengulas aduan pekebun yang mendakwa terserempak dengan harimau di kawasan kebun di Air Jada dekat Kenering, beliau berkata, tindakan telah diambil termasuk memasang perangkap di kawasan yang dikenal pasti.

“Di Air Jada ini, memang kita telah terima banyak aduan dan perangkap pun kita ada pasang di kawasan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI