fbpx

Penjawat awam Johor dapat ‘bonus’ dua bulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 kepada penjawat awam Johor berjumlah dua bulan gaji.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan itu turut melibatkan penjawat awam kerajaan persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

“Belanjawan Johor 2024 adalah belanjawan lebihan bermaksud prestasi kutipan hasil kerajaan negeri telah mencapai sasaran. Justeru itu, selain membantu rakyat, kita juga mahu memberi penghargaan kepada penjawat awam.

“Sebagai mengiktiraf jasa mereka berdasarkan pencapaian, sehubungan itu dengan sukacita saya umumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 sebanyak dua bulan gaji,” katanya ketika berucap semasa membentangkan Belanjawan Johor 2024 semasa sesi Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya berharap bantuan khas kewangan itu akan menjadi pembakar semangat dan pemangkin motivasi kepada semua penjawat awam di negeri ini.

“Harapan saya adalah agar semua penjawat awam negeri ini terus bekerja keras dalam memberi perkhidmatan tidak berbelah bahagi dengan cemerlang dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Johor,” jelasnya.

Terdahulu, Onn Hafiz membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI