fbpx

[VIDEO] Chris Martin sujud, cium tanah usai tiba di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan vokalis Coldplay, Chris Martin mencium tanah usai tiba di Malaysia, malam tadi.

PETALING JAYA – Aksi vokalis Coldplay, Chris Martin bersujud sejurus ketibaannya di Malaysia menyentuh hati banyak pihak selepas ia menjadi tular di laman TikTok, hari ini.

Menerusi video yang berdurasi 25 saat tersebut, vokalis Coldplay itu dilihat turun daripada pesawat dan kemudiannya melutut sebelum mencium tanah selama beberapa saat.

Bagaimanapun, tindakan Chris itu bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan.

Menurut laporan media di Indonesia, dia pernah melakukan perkara yang sama sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta pada konsert jelajahnya sebelum ini.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan tindakan Chris yang sopan dan beradab, tidak seperti vokalis kumpulan lain yang pernah datang ke Malaysia sebelum ini.

“Tak sabar nak jumpa Chris di konsert malam nanti,” kata Mona.

“Comel je Chris terus sujud lepas sampai di Malaysia,” kata Faruk.

“Sopan je, bukannya macam vokalis lain yang pernah datang sebelum ini,” kata seorang lagi pengguna.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 2,299 tanda suka dan 48,900 tontonan. – KOSMO! ONLINE

@myjienaaaa Helloooooo Chris Martin 😍😍. Welcome to Malaysia ❤❤. Diehard fan but very behave 🤪🤪. See ya tonite #Coldplay. Pleaseeeeeeee just FIX ME. Im gonna go YELLOW tonite! Cause you’re a SKY FULL OF STARS. I’m gonna give you MY HEART ❤❤. #fyp #fypシ #foryoupage #coldplayconcert #coldplaymalaysia #viralmalaysia #coldplayinmalaysia #diehardfan #love ♬ Yellow – Coldplay

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI