fbpx

Lambat kahwin bukan satu masalah – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas cadangan poligami untuk menyelesaikan masalah wanita kahwin lambat oleh Ahli Parlimen Pas di Dewan Rakyat.

Kata beliau, banyak lagi isu boleh dibahaskan untuk kesejahteraan wanita semasa perbahasan peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Yang Berhormat, pendapat saya lambat kahwin bukan satu masalah yang perlu diselesaikan. Apa guna kahwin tapi diabaikan?

“Jodoh datang tak mengenal masa. Banyak lagi isu boleh dibahaskan untuk kesejahteraan wanita tapi..,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini melahirkan rasa bimbang kepada peningkatan golongan ‘bujang senja’ di negara ini.

Susulan itu, beliau mencadangkan kerajaan memberi sokongan moral kepada golongan lelaki untuk berpoligami bagi menyelesaikan masalah wanita yang lewat berkahwin.

“Negara kita ini sensitif soal isu poligami, bila sebut poligami macam buat jenayah. Saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini di mana bagi mereka yang mampu, ada kelayakan, boleh berlaku adil, satu sokongan moral perlu diberi.

“Kita boleh bayangkan 8.4 juta golongan wanita yang belum kahwin walaupun itu bukan penyelesaian yang muktamad, tetapi perkara ini dapat memberi jalan keluar,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI