fbpx

AirAsia bebas daripada status PN17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AirAsia - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bursa Malaysia Securities Berhad telah melucutkan status Nota Amalan 17 (PN17) daripada AirAsia X Berhad (AAX) berkuatkuasa pukul 9 pagi hari ini.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya telah memutuskan untuk membenarkan rayuan AAX supaya dilepaskan daripada diklasifikasikan sebagai ‘penerbit tersenarai terjejas’ menurut PN17.

Ia dengan syarat bahawa AAX perlu mengumumkan keuntungan selepas cukai yang boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti AAX dalam laporan suku tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 September 2023.

“AAX telah memenuhi syarat itu pada 21 November 2023 (semalam) dan AAX akan ditarik balik daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 berkuat kuasa 9 pagi, Rabu, 22 November 2023.

“Bursa Securities ingin menekankan bahawa ia akan terus memantau kemajuan Syarikat PN17 dan Nota Panduan 3 (GN3) berkenaan dengan pematuhan mereka terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan ACE,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI