fbpx

Wanita hidup melarat selepas suami menang loteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANYA ditinggalkan suami selepas dia mendapat wang loteri sebanyak RM1.5 juta di Thailand baru-baru ini. - Foto KhaoSod

BANGKOK – Seorang wanita berusia 26 tahun mendedahkan dia terpaksa menjalani kehidupan yang sukar selepas suaminya memenangi hadiah loteri berjumlah 12 juta baht (RM1.5 juta), lapor laman berita Thaiger.

Wanita yang dikenali sebagai Janya dari wilayah Buriram itu berkata, dia telah berkahwin selama empat tahun dengan seorang pemandu lori dari daerah Nong Phai, wilayah Phetchabun.

Kehidupan mereka bagaimanapun berubah secara drastik apabila anak perempuan mereka secara rawak memilih nombor loteri, menyebabkan pasangan tersebut menerima hadiah tempat pertama.

Bagaimanapun, wang loteri itu hanya dipindahkan ke akaun bank suaminya dan selepas kemenangan tersebut, Janya berpindah ke Phetchabun dengan mengharapkan kehidupan yang sejahtera.

Namun, kegembiraan itu tidak lama kerana suaminya berubah menjadi kaki botol dan seorang yang kasar.

Suaminya juga berbelanja besar, membina rumah bernilai 2 juta baht (RM264,588) dan membeli tanah dengan harga 3 juta baht (RM396,882).

Dalam masa sama, Janya ditinggalkan dengan hutang yang semakin meningkat dan terpaksa pulang ke rumah ibunya di Buriram, menganggur serta tidak berduit. 

Lebih mengecewakan Janya adalah apabila suaminya didapati mempunyai isteri baharu dan meninggalkan dia dan anak perempuannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI