fbpx

Terengganu siap sedia jika banjir luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (kiri) menyantuni salah satu keluarga mangsa banjir di PPS SK Chendering, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaaan negeri Terengganu telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kemungkinan banjir luar biasa berikutan hujan lebat berlarutan di beberapa daerah sejak Sabtu lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau telah mengarahkan bukan sahaja operasi menyelamat dilakukan pantas malah penyaluran segera bekalan makanan dan keperluan buat mangsa banjir terlibat.

“Kita kena pastikan bekalan yang sudah dihantar awal (ke pengkalan hadapan) itu masih dalam keadaan baik untuk digunakan mangsa banjir.

“Ini kerana kita tidak tahu berapa lama tempoh banjir (gelombang pertama) ini walaupun pada mulanya ramalan (Jabatan Meteorologi Malaysia) sampai 22 November (hari ini) tetapi 23 November (esok) pula kemungkinan hujan juga disebabkan tekanan rendah di Selat Melaka,” katanya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di sini hari ini.

Terdahulu beliau meninjau dan menyantuni 170 mangsa banjir yang berlindung di PPS berkenaan.

Kosmo! hari ini melaporkan Terengganu mula dilanda banjir gelombang pertama bermula semalam berikutan hujan lebat berkapasiti sehingga 200 milimeter (mm) yang turun sejak Sabtu lalu.

Setakat ini, empat daerah terjejas iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Marang melibatkan lebih 1,600 mangsa yang sedang berlindung di 15 PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI