fbpx

Pengerusi LBS terima Anugerah Doktor Kehormat Unitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hock San menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan daripada Canselor Unitar, Datuk Mohamed Nizam Abdul Razak di majlis konvokesyen Unitar kali ke-23 yang berlangsung di PICC Putrajaya, Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad (LBS), Tan Sri Ir. Lim Hock San hari ini dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan di majlis konvokesyen ke-23 Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar) bertempat di Putrajaya, pada Sabtu lalu.

LBS dalam satu kenyataan hari ini berkata, anugerah ini diberikan kepada Hock San sebagai pengiktirafan di atas kepimpinan cemerlang beliau dalam menerajui LBS sebagai salah sebuah pemaju hartanah yang terkemuka di Malaysia.

Selain itu, anugerah tersebut turut dikurniakan untuk menghargai sumbangan beliau di dalam memperkasakan komuniti melalui penglibatan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga reputasi beliau sebagai salah seorang individu penting di dalam jalinan hubungan dua hala Malaysia-China.

“Dengan pengalaman lebih daripada 40 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Hock San berpengalaman luas serta berjaya menobatkan syarikat sebagai salah sebuah syarikat pengurusan terbaik di Malaysia, suatu pengiktirafan oleh Deloitte untuk tahun 2022 hingga 2023.

“Di bawah kepimpinannya, LBS telah berjaya mencapai kejayaan yang luar biasa di samping berjaya membina lebih daripada 40,000 unit rumah di seluruh Malaysia dan mencapai jualan melebihi RM2 bilion pada tahun 2022, sekali gus mempamerkan prestasi kewangan yang kukuh serta penyampaian dividen yang konsisten kepada para pemegang saham.

“Ijazah Kehormat Kedoktoran daripada Unitar ini membuktikan kepimpinan dan komitmen Hock San yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha meningkatkan kecemerlangan perniagaan dan pembangunan komuniti,” ujar LBS.

Katanya lagi, komitmen Hock San bukan sahaja tertumpu kepada bidang perniagaan, bahkan beliau juga menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, sebuah persatuan kaum Cina terbesar di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ujar LBS, Hock San turut memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persekutuan Lim Malaysia dan jawatan-jawatan penting yang lain di dalam pelbagai persatuan di Malaysia.

Dalam ucapan penerimaannya, Hock San turut menzahirkan penghargaan di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran ini dan sempat mendedikasikan Ijazah ini kepada mendiang bapanya, Datuk Seri Lim Bock Seng, yang memainkan peranan penting di dalam mengemudi perjalanan syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI