fbpx

Tidak boleh hidup dengan telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Satu daripada lima orang di negara ini tidak boleh hidup tanpa telefon, demikian hasil kajian diperoleh daripada satu kajian yang dijalankan oleh Telenor.

Kajian bertajuk Asia’s Digital Lives Decoded itu turut mendapati, sebanyak 89 peratus daripada pengguna di negara menghabiskan hampir separuh daripada kehidupan hariannya hanya dengan telefon mudah alih masing-masing.

Ketua Pelaburan Pengurusan Pelaburan Malaysia, Telenor, Haakon Bruaset Kjoel berkata, kajian tersebut telah memasuki tahun kedua dan melibatkan lebih  8,000 pengguna telefon muda alih di Bangladesh, Indonesia, Malaysia, Pakistan, the Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam.

Menurut beliau, Facebook adalah platform utama bagi pengguna untuk interaksi sosial dan menjadikan ia sebagai sumber berita buat mereka yang menguasai kira-kira 44 peratus.

“Terdapat perubahan menarik kini, yang mana satu daripada lapan orang di negara ini memperoleh berita daripada TikTok dan trend ini adalah yang tertinggi berbanding negara negara lain di rantau ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Bruaset Kjoel menjelaskan,  berdepan dengan cabaran ekonomi dan persekitaran kadar inflasi yang tinggi, rakyat Malaysia menjadikan telefon mudah alih sebagai usaha untuk mengurangkan kos bebanan hidup .

“Di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan aplikasi untuk membuat belanjawan atau membuat rekod perbelanjaan,” ujarnya.

Selain itu, mengenai kajian tersebut, rakyat Malaysia agak bimbang dengan tahap keselamatan dan sekuriti berkaitan perbelanjaaan berasaskan digital dengan kadar sebanyak 63 peratus berbanding 44 peratus tahun sebelumnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI