fbpx

Pasang lagu Dondang Sayang, bukan dangdut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAYUH beca di negeri ini diminta untuk memainkan lagu- lagu tradisional Melaka seiring sempena sambutan TMM 2024. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Seramai 370 pengusaha beca yang beroperasi di Banda Hilir diminta memainkan lagu kebangsaan dan tradisional Melaka terutama Dondang Sayang, bukannya dangdut ketika membawa pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, saranan itu wajar diikuti sempena sambutan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Cadangan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan budaya Melaka dengan mengetengahkan lagu-lagu Melayu asli terutama Dondang Sayang kepada pelancong luar.

“Mereka juga diminta untuk tidak memasang muzik terlalu kuat sehingga boleh mengganggu pelancong yang menaiki beca mengelilingi Banda Hilir.

“Kita terima banyak aduan daripada pelancong yang tidak selesa dengan muzik kuat yang dipasang terutama lagu dangdut.

“Bukan tidak boleh tetapi cukup setakat boleh didengar penumpang beca sahaja,” katanya selepas Majlis Penyampaian Amanat Sempena TMM 2024 dan Pembaharuan Lesen Beca Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, hari ini.

Tambah Abdul Razak, pengusaha beca juga diminta tidak mengenakan caj melampau, sebaliknya kekal pada harga RM25 untuk kurang dari sejam dan RM40 sejam.

Menurutnya, kerajaan negeri turut menerima aduan segelintir pengusaha beca mengenakan ‘harga kayangan’ kepada pelancong.

Abdul Razak berkata, MBMB turut bercadang membuka laluan baharu dengan lima pusat hentian beca bagi mengambil serta menurunkan penumpang. Perkara itu bagaimanapun masih di peringkat perbincangan dan akan diputuskan sebelum 25 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI