fbpx

Wanita maut, teman lelaki parah motosikal langgar tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangi bersama teman lelaki terbabas sebelum melanggar tiang lampu bahagian pembahagi jalan di Jalan Papar - Kota Kinabalu, berhampiran Kem Lok Kawi awal pagi semalam. -Foto PDRM

PUTATAN – Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangi bersama teman lelaki terbabas sebelum melanggar tiang lampu bahagian pembahagi jalan di Jalan Papar – Kota Kinabalu, berhampiran Kem Lok Kawi awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 18 tahun yang menjadi pembonceng disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa lelaki parah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati kedua-kedua mangsa menaiki motosikal dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar.

Bagaimanapun, katanya, motosikal mangsa dipercayai terbabas sehingga melanggar tiang lampu di tengah pembahagi jalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dalam pada itu, penunggang motosikal lelaki berusia 19 tahun pula parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI