fbpx

Noryn Aziz gagal ke suku akhir GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORYN disingkirkan seminggu sebelum konsert suku akhir GV10.

SHAH ALAM – Langkah penyanyi Noryn Aziz ke peringkat suku akhir All Star Gegar Vaganza (GV10) akhirnya terkandas selepas diumumkan tersingkir pada konsert minggu kesembilan di Auditorium MBSA.

Menerusi konsert yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, Noryn meraih markah terendah selepas mendendangkan lagu Tegar bersama Dia Fadila nyanyian asal Datuk Seri Rossa.

“Terima kasih kepada Astro dan para juri.

“Saya harap akan pergi jauh tetapi rezeki sampai di sini sahaja,” katanya selepas diumumkan tersingkir.

Sementara itu, penyanyi Jaclyn Victor yang juga juara GV musim kesembilan muncul sebagai peserta yang menduduki tangga teratas selepas meraih markah tertinggi daripada tiga juri tetap.

Tempat kedua pada konsert minggu ini pula menjadi milik penyanyi Tomok manakala juara GV musim keenam, Hady Mirza pula berada di tangga ketiga.

Penyingkiran sekaligus menyaksikan Naqiu, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina dan Jaclyn Victor berjaya melangkah ke peringkat suku akhir.

Sementara, Siti Nordiana, Aliff Aziz, Tomok turut berjaya ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi, Zamani dan Ezad Lazim merupakan peserta terawal yang sudah meninggalkan GV10.

Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz.

Konsert GV10 diacarakan trio pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI