fbpx

Lelaki jatuh sungai sebelum hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai lemas berhampiran jeti Jorak dan Belamang di Kampung Olak Bukit Pasir, Muar, petang semalam.

MUAR – Seorang lelaki dipercayai hilang apabila terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Jorak dan Belamang di Kampung Olak Bukit Pasir, di di sini petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba Muar, TPgB II Shahrizal Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.32 petang.

“Kami menerima panggilan kecemasan dari orang awam melaporkan mengenai mangsa yang telah terjatuh ke dalam sungai berhampiran dengan jeti Jorak dan Belemang bersebelahan Tangkak.

“Setibanya di tempat kejadian, dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki dewasa lingkungan usia 36 tahun telah lemas semasa melakukan aktiviti di sungai bersama seorang rakan,”katanya di sini hari ini.

Ujarnya, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dan Muar dikejarkan ke tempat kejadian bersama tiga jentera.

“Operasi ditangguhkan kerana keadaan air pasang yang membahayakan keselamatan anggota untuk beroperasi membuat pencarian,”katanya.

Tambah Shahrizal, usaha dan operasi pencarian dan menyelamat mangsa masih diteruskan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI