fbpx

Anthony nafi Guan Eng, Kon Yeow dingin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng (kiri) dan Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fok menyangkal dakwaan hubungan di antara Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Kon Yeow dingin pada masa ini.

Anthony berkata, beliau menafikan dakwaan yang diperkatakan setengah pihak kepada dua pucuk pimpinan tertinggi DAP itu.

“Tadi ok (Guan Eng dan Kon Yeow), mereka sama sama minum kopi, dingin sebab air cond,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang bagi tahun 2023 di sini, hari ini.

Pada 17 Oktober lalu, media melaporkan Kon Yeow menegaskan beliau tidak perlu mengemukakan sebarang bukti kepada parti DAP susulan timbul dakwaan terdapat pihak-pihak yang mahu menjatuhkan beliau sebagai teraju kerajaan negeri ketika ini.

Sebaliknya katanya, beliau hanya perlu mengemukakan bukti sekiranya benar-benar terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau daripada jawatan Ketua Menteri.

Sebelum ini, Guan Eng mencabar Kon Yeow menunjukkan bukti mengenai dakwaan dibuat kononnya wujud cubaan untuk menjatuhkan beliau sebagai teraju kerajaan negeri.

Desas-desus mengenai usaha menggantikan Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang timbul sebelum Pilihan Raya Negeri yang berlangsung di enam negeri pada 12 Ogos lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI