fbpx

Angkasa sasar 35 koperasi sekolah peroleh RM1 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah (tengah) menyampaikan sijil dan plak pengiktirafan koperasi sekolah dengan perolehan RM1 juta kepada Pengetua SMK Kota Kemuning, Mohd. Fauzi Zailan (kanan).

SHAH ALAM – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan 35 kelab koperasi sekolah untuk memperolehi RM1 juta dengan penambahan 12 koperasi baharu tahun ini.

Menurut Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sasaran tersebut berdasarkan perolehan semasa kesemua 12 koperasi baharu tersebut setakat bulan ini.

Katanya, ini meliputi Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Kuala Terengganu Berhad, Koperasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Sungkai Berhad dan Koperasi SMK Bintulu.

“Di negeri ini, prospek perolehan RM1 juta adalah Koperasi SMK Meru Klang Berhad yang akan menyertai Koperasi SMK Kota Kemuning Shah Alam Berhad,SMK Saujana Utama Sungai Buloh Berhad dan SMK Seksyen 19 Shah Alam Berhad.

“Ini menjadikan kesemua 12 prospek baharu ini akan menyertai 23 koperasi lain yang telah mencatatkan perolehan tersebut sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung dan Pengiktirafan Perolehan RM1 Juta Koperasi SMK Kota Kemuning Shah Alam Berhad, di sini hari ini.

Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO) berkata, pihaknya berharap koperasi sekolah mampu mencapai perolehan lebih RM500 juta.

“Walaupun tahun lepas perolehan koperasi sekolah hanya RM298.76 juta melibatkan 2,481 buah koperasi namun saya optimis sasaran tersebut mampu dicapai dengan peningkatan ahli kelab RM1 juta menjelang 31 Disember depan.

“Justeru, kita berharap ibu bapa yang berkemampuan untuk turut sama membantu anak-anak mereka membuat pelaburan tambahan dalam koperasi sekolah bagi meningkatkan modal,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI