fbpx

TNB siasat percikan arka insiden budak lelaki melecur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang melecur akibat terjatuh di dalam bilik janakuasa elektrik di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, petang tadi.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian percikan arka melibatkan mangsa seorang budak lelaki berusia 12 tahun di pencawang TNB di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

TNB menerusi hantaran pada Facebook memaklumkan, pihak tersebut jug menyampaikan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga selain berharap kanak-kanak tersebut menerima rawatan terbaik di hospital.

“Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menularkan video kejadian bagi menghormati mangsa dan keluarga.

“Kami ingin mengingatkan bahawa kawasan pencawang elektrik adalah kawasan larangan umum dan berbahaya. Orang ramai perlu mengelak daripada memasuki kawasan ini tanpa kebenaran,” menurut kenyataan TNB hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang budak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila seluruh badannya melecur terkena renjata elektrik ketika mahu mengambil bola yang masuk di dalam bilik janakuasa TNB, Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, petang tadi.

Mangsa ditemui dalam keadaan mengerang kesakitan akibat kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 petang

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal dipetik berkata, kanak-kanak tersebut dilaporkan terjatuh di dalam bilik janakuasa TNB ketika masuk untuk mengambil bola.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI