fbpx

Kurang satu pertiga rakyat AS sokong Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KURANG dua pertiga rakyat AS yang menyokong perang Israel menentang Hamas di Gaza. - Foto AFP

WASHINGTON   –  Sokongan rakyat Amerika Syarikat (AS) kepada perang Israel di Gaza mencatatkan tahap rendah baharu dengan kaji selidik terbaru menunjukkan kurang satu pertiga responden menyokongnya, lapor portal berita Middle East Eye semalam.

Tinjauan pendapat oleh  firma penyelidikan Ipsos bersama agensi berita Reuters itu mendapati  majoriti rakyat AS mahu  Israel mengadakan gencatan senjata dalam konfliknya dengan Hamas.

Keputusan  kaji selidik yang diterbitkan semalam itu mendapati cuma 32 peratus responden memberikan jawapan AS harus menyokong Israel selepas berhubung soalan apakah peranan yang perlu diambil oleh Washington dalam perang tersebut.

Tinjauan pendapat serupa pada Oktober lepas menyaksikan 41 peratus rakyat AS menyokong Zionis dalam perang Israel-Hamas.

Kajian  selama dua hari itu dilakukan secara online di seluruh AS bermula kelmarin untuk mengumpulkan maklum balas daripada 1,006 orang dewasa AS dengan margin kesilapan hanya empat mata peratusan.

Kira-kira 39 peratus responden menyatakan bahawa AS perlu menjadi orang tengah dan bersikap  neutral dalam konflik itu, meningkat daripada 27 peratus pada bulan lalu.

Sementara itu, sebanyak 68 peratus responden bersetuju bahawa Israel perlu mengadakan  gencatan senjata dan cuba berunding untuk menamatkan perang tersebut.

Majoriti responden menggesa gencatan senjata sekali gus bertentangan dengan pendirian Presiden AS, Joe Biden.

Biden menolak gesaan daripada sebilangan kumpulan hak asasi manusia, pertubuhan Yahudi serta Palestin dan 120 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru Israel mengadakan gencatan senjata. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI