fbpx

Konflik Palestin-Israel: Yemen lancar peluru berpandu balistik ke bandar Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan peluru balistik yang dimiliki Angkatan Bersenjata Yemen. - Foto AFP

ADEN, Yemen – Angkatan Bersenjata Yemen semalam melancarkan peluru berpandu balistik berbilang sasaran ke arah Israel, demikian menurut jurucakapnya, Brigadier Jeneral Yahya Saree seperti dilaporkan laman berita Al-Mayadeen.

Yahya turut mengesahkan bahawa pihaknya menyasarkan tapak sensitif di bandar Eilat yang dibina di atas runtuhan bandar Um Al-Rashrash Palestin, di Laut Merah.

Tegasnya, pasukan tenteranya akan mula melaksanakan arahan dari segi mengambil langkah sewajarnya terhadap mana-mana kapal Israel di Laut Merah. 

“Yemen tidak akan teragak-agak untuk menyasarkan mana-mana kapal Israel di rantau itu atau mana-mana tempat dalam jangkauan pihak kami,” ujarnya.

Sejak bermulanya pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza, Angkatan Bersenjata Yemen telah melancarkan beberapa peluru berpandu balistik dan dron ke lokasi Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohan wilayah Palestin itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI