fbpx

Jenazah Suhaimi Saad dikebumi di Kota Tinggi, Johor esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Suhaimi.

PETALING JAYA – Jenazah bekas anggota kumpulan In-Team, Allahyarhan Suhaimi Saad dijangka bakal dikebumikan di kampung isterinya, Ina Naim di Kota Tinggi, Johor.

Perkara itu dikongsi penerbit dan penyanyi ketuhanan, Hafiz Hamidun sebentar tadi.

“Jenazah sedang dimandikan dan akan dihantar ke Kota Tinggi malam ini di rumah Ina.

“Difahamkan, jenazah juga akan dikebumikan di sana esok pagi,” kongsinya kepada Kosmo! Online.

Sebentar tadi, industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergiaan Suhaimi selepas bertarung nyawa dan dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Kesihatannya mulai merosot sejak semalam dan difahamkan beberapa organ dalam juga gagal berfungsi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI