fbpx

Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ sebab mahu peruntukan – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa terdapat kumpulan tertentu sengaja menggembar-gemburkan isu Langkawi ‘sunyi’ kerana mahu mendapatkan peruntukan bagi mempromosi pulau tersebut.

Kata beliau, pihaknya tidak menerima sebarang rungutan daripada penduduk Langkawi berhubung isu berkenaan.

“Mereka kata tak ada orang, jadi kena buat promosi dan semua itu perlukan duit. Itu pun satu bentuk perniagaan juga.

“Itulah punca kepada kehangatan isu sekarang iaitu kononnya tak ramai orang ke Langkawi, padahal saya tak dapat rungutan apa pun daripada orang Langkawi kononnya mahal dan sebagainya di sana,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Menurutnya, kebanjiran pelancong di Langkawi sempena cuti Deepavali baru-baru ini membuktikan pulau legenda itu tidak ‘sunyi’ seperti didakwa.

“Saya nak nafikan ‘kesunyian’ Langkawi dan baru-baru ini pun ada kapal persiaran yang bawa antara 10,000 hingga 20,000 pelancong ke sana. Memanglah semua destinasi pelancongan ada waktu puncaknya.

“Kadang-kadang ada orang dan ada waktunya, tiada. Semua itu berada dalam jadual sektor pelancongan dan sebab itulah kalau kita tempah hotel pun, harganya berbeza pada waktu puncak berbanding hari biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan negeri akan melancarkan Tahun Melawat Kedah 2025 bagi merancakkan sektor pelancongan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI