fbpx

Bukan seekor, banyak lagi harimau di luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR harimau belang masuk perangkap Perhilitan di Pos Pasik, Gua Musang kelmarin.

GUA MUSANG – Ahli keluarga Orang Asli yang maut dibaham harimau belang dan penduduk di sekitar Pos Pasik, di sini lega apabila seekor pak belang masuk perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kelmarin.

Bapa saudara mangsa, Mustafa Along, 36, berkata, mereka bersyukur apabila harimau itu berjaya ditangkap, namun penduduk masih berjaga-jaga kerana dikhuatiri banyak lagi yang berkeliaran di kawasan hutan berhampiran.

Katanya, selepas kejadian itu, mereka sentiasa berdoa agar mamalia berkenaan pergi jauh dari kampung dan tidak me­nyerang penduduk lain.

“Kami percaya ini adalah harimau sama membaham Pisie. Apa pun kita tunggu keputusan daripada siasatan Perhilitan nanti.

“Kejayaan penangkapan haiwan tersebut merupakan khabar yang dinanti-nantikan keluarga dan penduduk kampung kerana tragedi itu membuatkan mereka takut untuk keluar bekerja di kawasan hutan,” katanya.

Dalam kejadian pada 3 Oktober lalu, mayat, Pisie Amud, 25, yang keluar menyumpit ditemui penduduk dengan kesan cakaran haiwan liar tersebut pada bahagian kepala dan badan, selain se­belah kaki kirinya sudah hilang.

Isteri mangsa, Syahira Hamid, 20, berkata, selepas kematian suami, saya dan dua anak sangat takut untuk keluar rumah.

“Penduduk lain juga rasa terancam kerana mengikut kata penduduk, kawanan haiwan itu masih berkeliaran di sekitar kampung,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli, Mohd. Sani Nahtiman berkata, kira-kira 1,000 penduduk di Pos Pasik masih berwaspada untuk menjalankan kegiatan harian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI