fbpx

9 dalam 10 wanita berpendapat lelaki botak seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIESEL (kiri) dan Statham. - Foto AFP

LONDON – Satu tinjauan pendapat mendapati bahawa lelaki botak dilihat sebagai seksi di mata perempuan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Tinjauan tersebut dilakukan oleh laman kaji selidik online, Reboot. Hasilnya mendapati, hampir sembilan daripada 10 wanita berpendapat bahawa lelaki botak kelihatan seksi.

Monarki Britain, Putera William, dinamakan sebagai lelaki paling seksi tanpa rambut sekali gus mengatasi pelakon Hollywood, Vin Diesel dan Jason Statham.

Jurucakap Reboot yang menjalankan tinjauan terhadap 2,000 wanita itu berkata: “Kami meneliti dengan terperinci faktor kilauan kepala, daya tarikan suara dan minat pencarian global untuk menghasilkan ranking baharu bagi lelaki botak paling seksi di dunia.”

Sementara itu, seorang lagi aktor Hollywood, Samuel L Jackson, menduduki tempat keempat manakala bos syarikat e-dagang, Amazon Jeff Bezos berada di kedudukan kelima.

Seorang lelaki botak, Steve Jones, dari Hastings berkata: “Saya menjadi botak sejak berusia awal 30-an. Saya  mengakui bahawa sebaik sahaja kehilangan rambut, saya tiba-tiba kelihatan sangat menawan pada mata wanita.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI