fbpx

Stesen radio perlu kerap tanya, dah hantar anak ke taska belum?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Stesen radio antara medium penting dalam menyampaikan maklumat, pesanan dan teguran buat pendengar terutama ketika mereka sedang memandu ke tempat kerja.

Pesanan itu termasuklah mengingatkan para ibu bapa mahupun penjaga tentang tugas mereka menghantar anak ke taska atau menyerahkan kepada pengasuh sebelum ke tempat kerja.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook semalam berkata, terdapat banyak kes dilaporkan berhubung isu kecuaian ibu bapa atau penjaga yang tertinggal anak di dalam kereta sehingga mengakibatkan kematian.

Sehubungan itu, PHM meminta stesen radio tempatan untuk kerap menyalurkan pesanan khidmat masyarakat berhubung kepekaan ibu bapa terhadap anak-anak sebelum meninggalkan kenderaan.

“Boleh la mulakan esok (hari ini). Semakin kerap berlaku kes lupa anak dalam kereta.

“Radio boleh main peranan untuk mengingatkan pendengar. Bersama kita kurangkan kes anak tertinggal di dalam kereta,” pesannya.

Perkongsian PHM di Facebook

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan maut akibat tertinggal lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara, dekat sini pada Rabu lalu.

“Siasatan dijalankan mendapati kira-kira pukul 7 pagi, ibu kepada kanak-kanak terbabit membawa dua anaknya bersama mangsa untuk dihantar ke sekolah berhampiran sebelum menuju ke sebuah tadika untuk menghantar mangsa.

“Bagaimanapun ketika wanita terbabit tiba di tadika, dia kemudiannya berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa untuk menurunkan mangsa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI