fbpx

RM32.9 bilion dibelanjakan libat 8,052 projek awam – Mohd. Zuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Dahlan (tiga kanan) bergambar bersama penerima anugerah ketika Majlis Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2023 di Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Sejumlah 65.7 peratus perbelanjaan pembangunan (DE) Asas dibelanjakan meliputi RM32.9 bilion daripada keseluruhan peruntukan RM50.08 bilion

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ia melibatkan 8,052 projek dibelanjakan di lapangan setakat 6 November lalu.

“Secara keseluruhannya, berdasarkan prestasi perbelanjaan Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak RM74.53 bilion telah dibelanjakan di seluruh negara.

“Angka tersebut bersamaan dengan 76.84 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM97 bilion yang membabitkan kira-kira 8,241 program atau projek awam,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pembangunan Negara (APN) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Menurut Mohd. Zuki, terdapat tiga kementerian merekodkan perbelanjaan DE Asas tinggi melebihi purata keseluruhan sebanyak 65.69 peratus.

Ia melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Pengangkutan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`