fbpx

Pembuat roti canai dirogol sebelum dibunuh dalam kebun pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga asing mati dibunuh kejam dengan keadaan separuh bogel di kawasan semak sebuah kebun di Kampung Pisang, Lahad Datu hari ini.

LAHAD DATU – Seorang wanita mati dibunuh kejam dengan keadaan separuh bogel di kawasan semak sebuah kebun di Kampung Pisang hari ini.

Lebih memilukan mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembuat roti canai itu turut disamun dan dirogol sebelum ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya sekitar pukul 8.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner  Dr Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa ditemui oleh ahli keluarga kira-kira 600 meter dari kediamannya.

“Siasatan awal dilokasi kejadian menunjukkan terdapat kesan kelar di leher mangsa selain luka di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol.

“Kita turut mendapati telefon bimbit dan wang tunai yang terdapat di dalam dompet mangsa juga didapati hilang,” katanya memaklumkan menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 8.26 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Rohan Shah menyatakan saksi memaklumkan mangsa yang juga ibu kepada lima cahaya mata itu keluar dari rumahnya pada pukul 6.15 pagi untuk bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran manakala suami mangsa pula bekerja di Semenanjung.

“Sudah menjadi rutin harian mangsa menggunakan laluan pejalan kaki di kawasan semak kebun pisang terbabit untuk pergi dan balik kerja.

“Bagaimanapun, pemilik restoran kemudiannya menghubungi keluarga mangsa untuk mengetahui keberadaanya kerana tidak hadir ke tempat kerja.

“Sangsi dengan makluman itu, ahli keluarga mangsa terus berusaha mencari wanita berkenaan sebelum menemui mayatnya di kawasan semak terbabit,” ujarnya.

Rohan Shah berkata, mayat mangsa yang dipercayai wanita warga asing dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut.

“Polis memohon kerjasama daripada orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya menghubungi Balai Polis berhampiran. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI