fbpx
GAMBAR HIASAN

Artis Malaysia dibelenggu sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HIDUP sebagai figura terkenal tampak serba-serbi indah dan gah.

Tidak hanya itu, mereka juga terdedah dengan golongan pembenci yang sentiasa mencari titik terlemah untuk dijadikan bahan serangan di media sosial hingga ada yang ‘tumpas’ dalam emosi dan tertekan.

Itu yang dilalui segelintir anak seni tanah air yang semakin terbuka mengakui berdepan masalah kesihatan mental.

Ada yang sudah ada masalah kemurungan dan lebih teruk jika ‘terjun’ ke dunia hiburan.

Ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam sehingga mencetuskan rasa takut, keresahan melampau dan serangan panik.

Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 mendedahkan satu per tiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas berdepan masalah mental.

Bahkan, pada 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merekodkan sebanyak 2.3 peratus orang dewasa serta 9.5 peratus kanak-kanak mengalami masalah mental.

Fathia latiff, Iqram Dinzly dan Tasha Shilla misalnya, antara pelakon yang mengalami kemurungan apabila sering menjadi bahan kutukan ramai.

Haqiem Rusli pernah mendedahkan dia ada masalah mental dah berhasrat menoktahkan karier seni. Menurut Haqiem, apa yang dilaluinya kesan kritikan netizen yang terpaksa ditelan setiap hari.

Shila Amzah mengalami kebimbangan melampau berikutan kepenatan dan terkesan dengan komen negatif netizen. Perkara itu dikongsi beliau selepas konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Aktres sensasi, Janna Nick juga turut mengakui menghidap penyakit gangguan bipolar dan pernah melakukan cubaan bunuh diri sebanyak dua kali. Janna menangis menerusi siaran langsung di TikTok kerana tidak tahan mendengar suara memintanya melakukan pelbagai perkara termasuk membunuh.

Baru-baru ini, Khai Bahar mengakui pernah mengalami tekanan perasaan dan kebimbangan melampau pada 2019, sehingga mendengar bisikan agar mencederakan diri sendiri.

Menurut Khai, keadaan itu tercetus apabila dirinya terlalu memikirkan persepsi masyarakat selepas terpalit pelbagai cerita sensasi.

Terbaharu, penyanyi dan juga pelakon, Shalma Eliana mendedahkan sedang bergelut dengan masalah depresi yang teruk sehingga kerap menangis tanpa sebab setiap hari dan hilang selera makan.

Kalau nak dikupas satu-satu memang tidak cukup ruang. Ramai sebenarnya penggiat seni kita pernah berdepan situasi sukar ini termasuklah penyanyi Aina Abdul, Zynakal, Yonnie Boy, Caprice dan pelakon Mawar Rashid.

Harus diingat, selebriti itu juga manusia. Sekiranya pengikut atau netizen mencari yang sempurna, memang tak akan jumpa. Jadi, tenang-tenang sahaja, industri hiburan kita pun kecil sahaja.

Mengkritik janganlah melampau. Sekiranya ada yang tidak berkenan di mata, berilah kritikan yang membina, bukan menjatuhkan. Beringatlah! -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN