fbpx

La Liga: Lewandowski selamatkan maruah Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI berjaya meledak dua gol untuk membantu Barcelona bangkit menewaskan Alaves awal pagi semalam. - AFP

BARCELONA – Pasukan Barcelona mempamerkan kebangkitan untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Alaves 2-1 pada perlawanan La Liga di Camp Nou awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Catalans dikejutkan apabila pelawat meraih gol seawal 18 saat hasil ledakan Samu Omorodion sebelum penyerang utama, Robert Lewandowski mempamerkan ketajaman dengan meledak dua gol pada penghujung saingan.

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez mengakui pasukannya tidak beraksi dengan baik, tetapi ia sudah cukup untuk bangkit selepas tewas mengecewakan pada aksi Liga Juara-Juara Eropah bertemu Shaktar Donetks minggu lalu.

“Saya rasa masih banyak ruang yang boleh diperbaiki kerana kita dikejutkan dengan gol lawan seawal minit pertama. Sudah pasti pasukan tidak berada pada tahap terbaik tetapi kali ini kita bangkit walaupun tidak beraksi dengan sempurna.

“Pujian juga wajar diberikan kepada Lewandowski yang kembali menemui sentuhan penyudah selepas dikritik apabila gagal menjaringkan sebarang gol sejak enam aksi lepas. Dia salah seorang pemimpin dalam pasukan ini dan saya gembira dengan gol dilakukannya,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah Barcelona, Pedri mengakui sangat gembira apabila dapat meraih minit permainan apabila diletakkan dalam kesebelasan utama selepas disisihkan ekoran kecederaan panjang sebelum ini.

“Ini adalah perlawanan yang sukar dan saya gembira diberikan peluang beraksi untuk mendapatkan semula kecergasan. Namun, banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki kerana permainan saya masih belum berada pada tahap terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI