fbpx

Konkrit hempap enam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam kenderaan rosak selepas dihempap runtuhan konkrit di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya mini Taman Landbreeze, Lido Luyang semalam.

KOTA KINABALU – Enam kenderaan rosak selepas dihempap runtuhan konkrit di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya mini Taman Landbreeze, Lido Luyang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, semua enam kenderaan yang rosak terdiri daripada lima kereta dan sebuah motosikal.

Difahamkan, runtuhan itu membabitkan balkoni bangunan berkenaan, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Sepasukan polis dari Balai Polis Luyang diketuai Sub Inspektor Mohd Rashidi Nawawi bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut berada di lokasi kejadian.

Pasukan keselamatan kemudian memasang sawar-sawar di sekitar kawasan yang berlaku runtuhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI