fbpx

Aishwarya sambut hari jadi ke-50 di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHWARYA RAI

GENAP usia 50 tahun pada 1 November lalu, aktres tersohor Aishwarya Rai nampaknya benar-benar memaknakan fasa emas dalam hayatnya.

Berbanding meraikan tarikh bermakna dengan majlis mewah yang lazimnya dihadiri bintang ternama, isteri kepada Abhishek Bachchan itu memilih untuk bersama dengan pesakit kanser.

Ditemani anak tunggalnya, Aaradhya, bekas Miss World 1994 itu memotong kek hari lahirnya bersama tetamu istimewa iaitu penghuni di wad kanser sebuah hospital.

Pada acara berkenaan, Aishwarya dan anaknya kelihatan gembira menghabiskan masa bersama para penghuni wad berkenaan, malah mereka turut merakamkan gambar dan memenuhi permintaan para peminat.

Momen istimewa yang dikongsi dalam Instagram mengundang perhatian ramai, termasuk rakan seperjuangan seperti Anuskha Sharma, Kajol dan Shilpa Shetty.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI