fbpx

EU kecam pembunuhan beramai-ramai 100 orang di Burkina Faso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNTA tentera kini berusaha mengekang pengaruh kumpulan pemberontak jihad di Burkina Faso. - Foto AFP

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) menggesa siasatan dilakukan berhubung pembunuhan beramai-ramai 100 orang di Burkina Faso yang berlaku pada awal bulan ini, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Amerika Syarikat (AS) turut mengecam serangan itu dan setakat ini tidak jelas siapa di sebalik serangan yang berlaku pada 6 November lalu di kampung Zaongo.

“Kira-kira 100 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai itu,” kata Ketua Dasar Luar AS, Josep Borrell dalam satu kenyataan.

Pihak tentera masih belum bertindak  terhadap pembunuhan itu ketika Burkina Faso cuba membendung pemberontakan kumpulan Islam yang merebak dari negara jirannya, Mali.

Junta  tentera yang merampas kuasa tahun lalu telah memaksa orang awam menyertai perang  menentang kumpulan Islam selepas mereka dikatakan menguasai kira-kira 40 peratus kawasan di negara tersebut.

Seorang penduduk memberitahu agensi berita AFP bahawa Zaongo adalah salah satu daripada beberapa buah kampung  yang tidak dijarah oleh pemberontak tersebut.

“Ada yang mengesyaki penduduk bekerjasama dengan mereka,” kata penduduk itu.

Tahun lalu merupakan rekod paling maut di negara itu, demikian menurut Projek Data Lokasi dan Peristiwa Konflik Bersenjata (Acled) yang berpangkalan di AS dengan lebih 1,400 orang awam mati. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI