fbpx

Penduduk panik singa terlepas dari sarkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR singa berkeliaran selepas melarikan diri dari sarkas dekat Rom. - Foto Daily Star

ROM, ITALI – Seekor singa mencetuskan panik apabila ia ditemui berkeliaran di beberapa jalan bandar berhampiran Rom selepas melarikan diri dari sarkas, lapor laman berita Daily Star semalam.

Agensi berita AFP melaporkan, haiwan itu kemudian telah ditangkap selepas diberikan ubat pelali.

Datuk Bandar Ladispoli, Alessandro Grando sebelum itu mengesahkan haiwan tersebut melarikan diri dan memberi amaran kepada penduduk agar berwaspada ketika pihak berkuasa mencarinya. 

Polis dilihat bergegas melalui jalan-jalan untuk mencari singa itu sebelum ia kemudian ditemui berhampiran saluran air di sebelah tapak sarkas tersebut.

Rakaman video di media sosial menunjukkan singa dikenali sebagai Kimba itu berkeliaran di jalan yang sibuk ketika pemandu kenderaan berasa tidak percaya melihat haiwan tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI