fbpx

Anak yatim pergi sekolah tanpa wang saku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di Facebook, milik Siti Hawa Mohd Zainudin.

PETALING JAYA – Tindakan seorang ibu membekalkan makanan kepada rakan anaknya yang merupakan anak yatim meraih pujian ramai pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Siti Hawa Mohd Zainudin berkata, ibu kepada rakan anaknya itu meninggal dunia ketika dia berusia 11 tahun.

“Saya sebenarnya tahu ada satu ketika dia pergi ke sekolah agama tanpa membawa wang belanja.

“Kadang-kadang anak saya kongsi bekal dengannya dan ada juga saya beri duit belanja tambahan untuk kawannya itu,” jelas Siti.

Siti turut memuat naik gambar menunjukkan dua bekas makanan berisi nasi putih, ikan goreng, sambal udang dan buah-buahan.

Perkongsian ini mendapat pujian ramai netizen yang kagum dengan kebaikannya.

“Semoga dilimpahkan rezeki buat akak sekeluarga,” komen Nor Azira.

“Alhamdulillah, saya harap urusan puan dipermudahkan. Sayu hati saya, semoga anak itu kuat,” tambah Nor Az. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI