fbpx

[VIDEO] Bergaduh gara-gara berebut cas kereta elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video dua lelaki bergaduh kerana berebut mengecas kereta elektrik. – AGENSI

BEIJING – Tular satu klip video memaparkan pergaduhan antara dua pemilik kenderaan elektrik kerana berebut untuk mengecas kereta elektrik

Klip video itu disiarkan dalam akaun Facebook pesohor media sosial One Leg KH, hari ini, namun insiden dipercayai berlaku baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah stesen pengecas kenderaan elektrik di China.

Rakaman memaparkan seorang lelaki berbaju gelap enggan melepaskan kabel pengecas walau direbut oleh lelaki berbaju putih, lantaran pergelutan berlaku.

Video berdurasi 27 saat itu berakhir dengan seorang wanita cuba memenangkan kedua-dua individu terbabit.

Keterangan bersama klip video itu memberitahu tentang bilangan kereta elektrik yang jauh lebih tinggi berbanding stesen pengecas yang ada. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI