fbpx

Ribut Petir landa 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri petang ini.

Menurut laporan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam nanti.

Katanya, ia melibatkan Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Selain itu, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Setiu dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin),” ujarnya.

Kata MetMalaysia, Selangor pula di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bagi kawasan selatan, ribut petir dijangka melanda seluruh Negeri Sembilan dan Johor di daerah Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Cuaca sama turut diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

“Selain itu, di Sabah membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI