fbpx

Pengantin lelaki ‘ketar lutut’, semua ‘bridesmaid’ bekas teman wanitanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki keliru melihat wajah-wajah pengiring pengantin perempuan. - Sanook

BEIJING – Seorang pengantin lelaki di China terkejut apabila kesemua pengiring yang dipilih pengantin perempuan terdiri daripada bekas teman wanitanya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung di bandar Chongqing selepas mereka bercinta selama dua tahun.

Wanita bernama Liu mendapati bahawa beberapa rakannya pernah bercinta dengan bakal suaminya.

Daripada melayan kekecewaan, Liu memutuskan untuk bergurau dengan bakal suaminya. 

Dia kemudian menjemput wanita-wanita itu menjadi pengiring semasa majlis perkahwinan mereka. 

Apabila pengantin lelaki memasuki bilik, dia kelihatan terkejut apabila melihat wajah-wajah yang dikenali bekas teman wanitanya dan semuanya memakai gaun pengiring pengantin.

Namun, pengantin lelaki dengan pantas kembali tenang dan meneruskan majlis perkahwinan. 

Majlis itu diteruskan dengan lancar tanpa sebarang perasaan cemburu atau dendam, membolehkan pasangan itu menarik nafas lega. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI