fbpx

Lelaki mohon maaf lepas kecam solekan penyampai berita RTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna TikTok tampil membuat permohonan maaf selepas video yang dimuat naik tular sejak semalam.

PETALING JAYA – Pengguna TikTok yang mengecam solekan penyampai berita stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti watak hantu Indonesia, Suzanna tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Syukfendi menerusi satu hantaran video, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyampai berkenaan iaitu Nur Amalina Abdul Halim, 35, yang bertugas di Melaka.

“Nanti min beli televisyen (TV) baru. Kami membuat permohonan secara terbuka kepada Puan Noramalina Binti Halim. Sangat cantik manis orangnya, gurau-gurau kakak.

“Teruskan menyokong RTM, semoga Puan Amalina dimurahkan rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan,”tulisnya dalam hantaran itu.

Sehubungan itu, beberapa pengguna turut menasihati pemilik akaun berkenaan agar lebih berhati-hati dalam mencipta kandungan bagi mengelak disaman.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Nuramalina tidak mahu ambil hati selepas disamakan dengan watak hantu Indonesia, Suzanna.

“Allah saya tak tahu nak cakap apa. Mula-mula saya termenung juga, kemudian hanya mampu ketawa saja.

“Tiada permohonan maaf diterima secara peribadi namun saya ada terlihat pihak yang tularkan telah tampil buat permohonan maaf secara terbuka di TikTok dan telah memadam video berkenaan,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM, Md. Shahri Saripan berkata, pihaknya terbuka dalam menerima pandangan serta nasihat daripada penonton setia stesennya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI