fbpx

Gelagat manis bersemut Dini, Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi manja Janna Nick dan Dini Schatzman sekali lagi bikin hati netizen cair.

BIKIN cemburu! Itu antara yang disuarakan netizen selepas melihat kemesraan Janna Nick dan Dini Schatzman dalam sebuah video baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Dini dilihat akan meninggalkan Janna atas urusan kerja selain ditanya berulang-kali isterinya.

“Adakah awak akan pergi tinggalkan saya?” soal Janna berulang kali pada suaminya.

Bagaimanapun, emosi netizen yang pada awalnya terhibur dengan gelagat Janna bertukar sebak apabila aktres itu mula menitiskan air mata ketika Dini mencium dahinya sebelum berpisah di lapangan terbang.

“Dini yang tinggalkan Janna tapi aku pula sebak seorang diri.

“Kalau bakal suami tak sweet dan softspoken macam Dini, aku minta refund!

Alahai sabarlah Janna, suami pergi cari rezeki,” komen netizen pada video yang meraih lebih 800,000 tontonan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI