fbpx

Fadhlina ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan Agung UNESCO di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika mengetuai delegasi Malasia ke Persidangan UNESCO Kali Ke-42 di Paris. - Foto Facebook Fadhlina

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Kali Ke-42 yang berlangsung di Paris bermula 7 hingga 10 November 2023.

Fadhlina yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia turut menyampaikan kenyataan negara semasa sesi perbahasan umum selain berkongsi visi serta pencapaian Malaysia dalam menjayakan agenda UNESCO.

Menurut Kementerian Pendidikan, menerusi ucapan itu, Fadhlina telah mengetengahkan peranan aktif Malaysia dalam mendukung agenda UNESCO seperti sumbangan kepakaran dan kewangan melalui Program Kerjasama Malaysia-UNESCO yang memanfaatkan lebih 7,000 peserta daripada 87 buah negara di dunia.

“Malaysia juga mengetengahkan usaha yang diterajui secara bersama dengan Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura dalam mengangkat kebaya sebagai warisan kebudayaan yang diiktiraf oleh UNESCO.

“Ini merupakan salah satu usaha dalam meraikan persamaan dan solidariti rantau ASEAN demi memperkasakan warisan budaya tempatan ke peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kementerian Pendidikan berkata, Malaysia turut menyumbang dalam pembangunan pengetahuan menerusi Kursi UNESCO berkaitan Pembelajaran Masa Hadapan yang disandang oleh Malaysia serta pengiktirafan terkini UNESCO Triple Crown Site kepada Sabah.

“Ia dalam memelihara dan mempromosi tapak warisan dunia, biosfera dan geopark di Sabah.

“Negara-negara anggota turut disarankan untuk sentiasa memupuk kepercayaan serta keharmonian sejagat selain mewujudkan kerjasama erat dan strategik dalam menangani cabaran global melalui pendekatan penyelesaian silang (transversal solutions),” jelasnya.

Kata kenyataan itu lagi, semua negara anggota perlu memberi tumpuan untuk mencapai agenda SDG 2030 serta melaksanakan usaha yang berterusan selepas tahun 2030.

“Fadhlina turut berkongsi mengenai kesungguhan Malaysia menyediakan peluang pendidikan berkualiti bagi semua murid merentasi batasan kaum, agama atau status sosial.

“Ini dilakukan menerusi elemen pembangunan pendidikan berteraskan Pendidikan Manusiawi yang menumpukan kepada penerapan nilai dan pendekatan berorientasikan insan dalam pembangunan karakter berkonsepkan Karamah Insaniah,” katanya.

Selain menghadiri persidangan agung, Fadhlina telah turut menyertai Dialog Peringkat Menteri Berkaitan Pendidikan Keamanan yang dihadiri diadakan oleh menteri negara anggota UNESCO .

Beliau turut mengadakan lawatan ke beberapa institusi pendidikan yang boleh dijadikan penanda aras bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Penyertaan di persidangan agung ini membuktikan komitmen berterusan Malaysia selaku negara anggota UNESCO.

Ia turut membuka berpeluang kepada negara untuk membuat intervensi bagi memastikan prestasi dan pencapaian Malaysia dalam bidang kompetensi UNESCO adalah selari dengan agenda semasa global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI