fbpx

Skuad Sang Penyu bukan biasa-biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORDE (kiri) menjadi wira kebangkitan Terengganu ketika menewaskan Stallions Laguna 3-2 pada saingan Piala AFC kelmarin.

KEBANGKITAN yang dijelmakan ketika menewaskan Stallions Laguna 3-2 pada saingan Piala AFC kelmarin membuktikan Terengganu FC kini memiliki skuad yang cukup seimbang.

Kombinasi pemain muda dan berpengalaman yang dipertaruhkan Tomislav Steinbruckner ternyata menjadi dengan menyaksikan bintang import, Sony Norde muncul watak utama kepada kemenangan pasukan.

“Bagi saya, Sony ada pengalaman dan itulah kualiti yang ada padanya. Dia sudah berusia 34 tahun, namun lihatlah sumbangannya pada perlawanan ini.

“Kami ada gabungkan pemain berpengalaman dan muda yang saya rasakan ia adalah pendekatan terbaik,” kata Steinbruckner yang mengakui kurang gembira selepas anak-anak buahnya membiarkan Stallion memperoleh dua gol awal.

Pada aksi di Stadium Bola Sepak Binan kelmarin, Junior Ngong Sam membuka jaringan buat tuan rumah seawal minit ketiga dan Griffin McDaniel pada minit ke-13, namun selepas itu Norde mula cetus sensasi apabila terbabit dalam kesemua tiga jaringan Terengganu FC.

Berpunca daripada sepakan percuma mengakibatkan pertahanan lawan, Matthew Nierras tertanduk bola ke gawang sendiri sebelum mencipta ­umpanan kepada Ivan Mamut dan meledak gol kemenangan di hujung babak kedua.

“Kami dapat tiga mata, namun untuk ketinggalan 0-2 bukan perkara yang baik. Saya gembira untuk melihat gol sendiri pemain lawan dan selepas itu kami bertambah baik sehingga memperoleh dua lagi jaringan.

“Namun, jika kami bermain di pertandingan peringkat Asia, kami kena lebih serius dan tampil lebih baik daripada apa yang kami tunjukkan pada perlawanan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI