fbpx

Beri salam sebelum pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas pihak polis.

KOTA KINABALU – Tiga lelaki anggota Geng Leleh yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini diberkas pihak polis baru-baru ini.

Penahan tiga daripada empat suspek termasuk ketua mereka dikenali sebagai Leleh dibuat dalam beberapa siri tangkapan bermula pada 6 hingga 8 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, modus operandi suspek adalah dengan merayau di kawasan perumahan mewah dan kawasan yang berpotensi dipecah masuk.

“Suspek akan memberikan salam sambil mengetuk pintu atau membunyikan lonceng rumah bagi mengenal pasti sama ada kediaman terbabit berpenghuni atau sebaliknya.

“Jika tiada jawapan, mereka akan memecah masuk rumah sebelum melarikan barangan berharga. Kumpulan ini aktif melakukan jenayah itu sejak September lalu dan melakukan kegiatan tersebut pada waktu siang,” katanya.

Mohd Zaidi memberitahu, siasatan lanjut mendapati ketua kumpulan itu mempunyai enam rekod jenayah termasuk tiga kes dadah, dua samun serta satu kes curi.

“Semua suspek positif dadah jenis syabu dan mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Sekyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, dengan tangkapan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan 16 kes pecah rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI