fbpx

Pengantin derma duit belanja kahwin RM129,000 kepada badan amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan Jianguo dan Daruirui membatalkan hasrat mengadakan majlis perkahwinan serba mewah. – SCMP/Weibo

BEIJING – Sepasang pengantin baharu di wilayah Guangdong, China menerima pujian netizen  kerana menolak untuk mengadakan majlis perkahwinan serba mewah sebaliknya, menyerahkan duit simpanan mereka kepada beberapa badan amal, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Pasangan pesohor media sosial, Ma Jianguo dan isterinya, Daruirui, menyumbang sebanyak 200,000 yuan (RM128,658) yang pada awalnya diperuntukkan untuk majlis perkahwinan mereka kepada tiga pertubuhan kebajikan di China.

Jianguo yang mempunyai 37 juta pengikut di platform Weibo dan 360,000 di Douyin menerusi hantaran media sosial berkata, dia dan Daruirui telah berkahwin serta akan mengadakan majlis secara kecil-kecilan.

Tambahnya, duit sumbangan mereka itu datang daripada wang simpanan sendiri serta hasil pemberian ahli keluarga untuk mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran.

Namun, selepas berbincang mengenai hasrat mereka dengan keluarga masing-masing, idea itu disambut dengan baik.

Pasangan suami isteri itu juga memberikan sumbangan tersebut secara khas untuk menyokong kanak-kanak yang kelaparan, wanita kurang berkemampuan di kawasan-kawasan mundur serta veteran tentera yang memerlukan bantuan.

“Ini adalah tanda penghormatan kami. Jika kanak-kanak boleh makan, wanita boleh melalui tempoh datang bulan dengan selamat serta veteran askar boleh hidup dengan penuh bermaruah, kami percaya semua orang akan rasa bahagia,” kata Daruirui.

Wanita itu mempunyai 1.42 juta pengikut di Weibo serta 98,000 pengikut di platform Douyin.

Tindakan Daruirui dan Jianguo mendapat pujian ramai dengan netizen memberikan kata-kata penghargaan kepada mereka.

“Mereka ialah pasangan yang mempunyai rasa cinta yang kuat,” kata seorang netizen.

“Pasangan yang baik hati. Selamat pengantin baharu,” kata pengguna lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI