fbpx

Mungkin ramai lagi MP pembangkang isytihar sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Ahli Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Program Latihan TVET Belia Malaysia-China, di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menjangkakan lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, tindakan yang dilakukan oleh beberapa wakil rakyat pembangkang yang menyokong Perdana Menteri ketika ini adalah amat positif serta harus dilihat dengan sangkaan baik.

“Bukan hanya empat orang ini sahaja, tetapi kita menjangkakan mungkin lebih daripada itu yang akan memberikan dukungan kepada Perdana Menteri dan kita mesti bersangka baik terhadap dukungan yang diberikan,” katanya di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Mengulas lanjut, Presiden UMNO itu berkata kerajaan perlu bersedia berdepan realiti politik baharu susulan perkembangan terbabit.

Ahmad Zahid berkata, UMNO di empat bahagian yang menerima dukungan Ahli Parlimen BERSATU terbabit tidak harus berasa selesa, sebaliknya mereka perlu menguatkan pengaruh di akar umbi bagi mengembalikan sokongan pengundi.

“Kebanyakan Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri itu adalah bekas ahli UMNO dan pihaknya akan berbincang dengan pemimpin di peringkat bahagian sama ada mereka boleh kembali kepada parti atau sebaliknya.

“Biarpun mereka membantu dan menyokong Perdana Menteri, UMNO sebagai sebuah entiti politik harus memperkuatkan pengaruh di akar umbi bagi mengembalikan sokongan pengundi serta rakyat kepada sesiapa sahaja yang akan dicalonkan mewakili UMNO dan BN bagi kawasan terbabit kelak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI