fbpx

Manimaran syukur abang dibebas awal sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manimaran (kanan) menyambut kepulangan Vijay (kiri) di Penjara Pulau Pinang, hari ini. Foto IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Sambutan Deepavali tahun ini lebih bermakna buat keluarga J.Manimaran, 29, apabila abangnya yang dikenali sebagai Vijay, 40-an, dapat bersama keluarga bagi menyambut perayaan itu menerusi pelaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB).

Vijay ialah salah seorang daripada 11 penghuni Penjara Pulau Pinang yang diberi pelepasan hari ini di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani sempena sambutan Deepavali.

Manimaran yang berasal dari Perai berkata, kepulangan abangnya ke pangkuan keluarga amat dinantikan ibu mereka, M.Vathavalli, 64, yang kini sedang terlantar sakit di rumah.

“Abang saya sepatutnya dibebaskan Februari tahun depan namun kami amat bersyukur kerana dia dapat dibebaskan lebih awal menerusi program PBSL Ihsan Madani.

“Ibu saya selalu bertanya mengenai abang dan dia amat gembira selepas mengetahui abang saya dibebaskan hari ini,” katanya di perkarangan Penjara Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurut Manimaran, tahun lalu sambutan Deepavali bagi mereka sembilan beradik agak suram kerana abangnya berada di penjara.

“Saya berharap abang saya akan menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya selepas dibebaskan dengan lebih awal untuk memulakan hidup baharu,” katanya.

Saya akan jaga ibu dan bertekad tidak ulang kesalahan lampau. Saya ingin bersama keluarga dan kehidupan di penjara banyak mengajar dan saya mahu menjadi orang baru lepas bebas,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Pulau Pinang, Mohammad Safwan Sizali berkata, menerusi PBSL itu, seramai enam OBB diserahkan kepada keluarga, tiga kepada majikan dan selebihnya dihantar ke rumah perantaraan di Melaka dan Jawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI