fbpx

Jurulatih taekwando cabul kanak-kanak didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jurulatih taekwando yang disiasat kerana mencabul lima kanak-kanak perempuan sebelum ini, akan didakwa di mahkamah, di sini esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 20 tahun yang juga pelajar sebuah kolej swasta di Lembah Klang akan didakwa lima pertuduhan.

“Untuk makluman, kes cabul jurulatih taekwando akan dibuat pertuduhan, esok.

“Lima pertuduhan akan dibuat esok terhadap suspek,” katanya ringkas, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang pengajar seni mempertahankan diri taekwando ditahan di sebuah pasar raya di daerah ini kira-kira pukul 4 petang, 2 November lalu.

Penahanan suspek dilakukan susulan mencabul lima kanak-kanak perempuan berusia 7 hingga 11 tahun dengan laporan terbaru mangsa terhadap suspek diterima kelmarin.

Siasatan mendapati suspek menggunakan alasan mahu membetulkan tali pinggang mangsa di tandas sebelum melakukan perbuatan jenayah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI