fbpx

Najib akui akaun bank dibuka untuk terima sumbangan Putera Faisal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan pegawai penyiasat bahawa akaun peribadinya di Bank AmIslamic dibuka bertujuan menerima sumbangan daripada Arab Saudi.

Asisten Komisioner (ACP) Foo Wei Min berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu pasukan siasatan bahawa beliau menantikan sumbangan daripada kerajaan tersebut.

Saksi pendakwaan ke-48 yang juga Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) berkata, Najib sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika itu, Almarhum Abdullah Abdul Aziz Al Saud.

Dalam prosiding pemeriksaan balas yang dikendalikan oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, Wei Min berkata, beberapa transaksi berasal daripada `Putera Faisal Turki Al Saud’ dan `Kementerian Kewangan Riyadh’.

Malah, pegawai penyiasat itu turut mengesahkan cadangan Muhammad Shafee bahawa akaun peribadi Bank AmIslamic milik yang berakhir dengan nombor 694 menerima dana daripada Bank Riyad.

Ujar beliau, beberapa transaksi direkodkan dalam akaun AmBank bekas Perdana Menteri itu yang berlaku pada 2011 melibatkan dana berasal dari Arab Saudi.

Saksi itu bagaimanapun berkata pihak berkuasa tidak mendapatkan penyata bank daripada Arab Saudi sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa terdapat kelompangan dalam siasatannya kerana polis tidak memperoleh penyata bank daripada dua pihak tersebut.

Saksi menjelaskan, siasatannya hanya memfokuskan kepada penerimaan, penggunaan, dan pemindahan wang yang diperoleh secara tidak sah dalam akaun Najib.

Ketika disoal sama ada beliau mengetahui sumber wang yang dipindahkan oleh Putera Faisal dan `Kementerian Kewangan Riyadh ke akaun Najib, saksi itu menjawab, ia berasal daripada wang 1Malaysia Development Berhad’.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung lagi esok. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI