fbpx

Konflik Palestin-Israel: Jual rantai, sedekah pada anak yatim jika saya syahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar wasiat kanak-kanak berusia 11 tahun yang tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Wasiat seorang kanak-kanak Palestin berusia 11 tahun meruntun hati para pengguna media sosial hari ini apabila meninggalkan beberapa pesanan istimewa buat warisnya.

Menerusi ciapan @irfan_newboys di aplikasi X, kanak-kanak itu bernama Amira Talib Sheldan.

Di dalam wasiat itu, kanak-kanak itu meninggalkan pesanan agar duit hasil rantai leher dan subang telinganya yang dijual disedekahkan kepada anak yatim dan kanak-kanak yang memerlukan.

“Nama saya Amira Sheldan, berusia 11 tahun dan saya berharap akan mati syahid. Jika saya syahid, tolong jual rantai leher saya dan subang saya.

“Kemudian gunakan duit itu untuk sedekah kepada anak yatim dan kanak kanak yang memerlukan. Tolong ambil segala pakaian yang saya ada dan berikan kepada mereka,” tulisnya dalam surat itu.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak perempuan itu juga menitipkan pesanan agar perigi air dapat dibina untuk rakyat Gaza yang dahagakan air.

“Kemudian, bina perigi air untuk mereka yang dahagakan air. Tolong doakan kebaikan dan rahmat kepada saya.

“Jika Karim syahid, saya nak dia ada di samping saya kerana saya sayangkan dia sangat-sangat,” luahnya.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 7,500 ulang ciap dan 7,800 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar kanak-kanak itu diberi kerahmatan kerana memiliki hati yang sungguh mulia.

“Kalau ini yang dia nak, moga Allah makbulkan permintaan adik ini. Mereka semua dah rindukan syahid sebab untuk hidup lagi susah dengan tiada makanan dan air,” komen Mazween.

“Walaupun 11 tahun tapi dah matang. Dah fikir nak buat pahala berterusan walaupun dah tiada di dunia,” komen Sha.

“Kanak-kanak 11 tahun pun dah impikan syahid. Rasa tertampar diri ini, moga makbul doa kanak-kanak ini,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI