fbpx

[VIDEO] Francais diboikot, syarikat Yahudi ‘totok’ masih guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Boikot yang dilancarkan secara besar-besaran ekoran konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel didakwa seharusnya ditujukan kepada dua jenama kad kredit milik sebuah syarikat gergasi.

Menurut wartawan dan penulis buku terkenal, Zainal Rashid Ahmad, boikot terhadap restoran francais seperti dilakukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia sekarang hanya menyumbang sebanyak 0.37 peratus kepada Israel.

“Sebab itu saya nasihatkan saudara, boikot restoran francais ini hanya 0.37 peratus sahaja. Tapi kad kredit saudara itu yang sumbangannya lebih besar.

“Kad kredit itu dimiliki oleh sebuah syarikat gergasi yang juga merupakan pemegang saham terbesar daripada lima syarikat senjata besar yang mempunyai hubungan langsung dengan Israel,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.

Ujarnya yang juga pengasas Garasi TV, syarikat gergasi ini dipercayai akan menerima komisen melalui faedah atau bunga yang diperolehi daripada pelanggan yang menggunakan kad kredit.

“Sebab itu bila saya dapat tahu, saya marah. Saya terus gunting kad kredit saya kerana tunai yang kita kirimkan dalam transaksi dan juga bayaran kadar faedah itu akan pergi kepada syarikat gergasi ini.

“Syarikat gergasi ini dimiliki oleh lima orang Yahudi ‘totok’. Lebih sedih sebab bila syarikat francais diboikot, tak ada bukti jelas mereka terlibat dalam institusi persenjataan.

“Saudara semua boleh buat carian sendiri dan lihat kedudukan saham syarikat gergasi ini dalam industri persenjataan,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

@scud2535ed5Tlg viral kn. Solidarity for Palestine 🇵🇸☝️

♬ original sound – Zam2958

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI