fbpx

F&NHB catat hasil RM1.24 bilion suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yew Hoe (tengah) pada majlis penyampaian keputusan kewangan syarikat di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mencatat  hasil sebanyak RM1.24 bilion bagi tempoh suku keempat berakhir 30 September 2023 (S4 TK2023) dengan pertambahan sebanyak 9.4 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, ini dipacu oleh  momentum jualan yang berkekalan oleh F&B Malaysia termasuk sumbangan daripada Cocoaland Holdings Berhad (Cocoaland).

Keuntungan operasi Kumpulan untuk S4 TK2023 meningkat sebanyak 39.1 peratus kepada RM166.2 juta. 

“Ia adalah hasil daripada strategi pengurusan kos dan margin yang lebih baik, disokong dengan sumbangan daripada Cocoaland,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Menurut beliau, keuntungan sebelum cukai kumpulan untuk S4 TK2023 meningkat kepada RM161.8 juta. 

Bagi tahun penuh berakhir 30 September 2023 (TK2023) pula, hasil kumpulan meningkat sebanyak 11.9 peratus kepada RM5 bilion apabila pasaran mula pulih dan strategi pengurusan harga yang dilaksanakan sejak tahun lepas mula menunjukkan keberkesanan. 

Hasil eksport Kumpulan melepasi paras RM1 bilion (TK2022: RM0.8 bilion), tambahan pula, Kumpulan turut menerima manfaat daripada aliran hasil yang diperluas berikutan pengambilalihan Cocoaland pada 4 November 2022.

“Bagi F&B Malaysia, hasil meningkat 17.9 peratus  kepada RM2,851.5 juta untuk TK2023, didorong oleh jualan perayaan dan penggunaan luar rumah. 

“Sepanjang tahun 2023, F&B Malaysia telah memperkemas portfolionya dan mengukuhkan laluan ke pasaran, pengurusan saluran dan strategi pemasaran syarikat.

“ Usaha ini termasuk membaharui pembungkusan portfolio minuman ringan berkarbonat F&N dan Air Mineral Borneo, di samping memperkukuh kecemerlangan jualan merentasi pelbagai saluran.

“Selain daripada sumbangan oleh Cocoaland, pertumbuhan hasil F&B Malaysia terus disokong oleh pemulihan eksport yang kukuh ke rantau Afrika, ASEAN dan Greater China dan pengembangan saluran B2B,” jelas beliau.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI